Blog ini dicipta khas buat keluarga dan teman2 yang disayangi, dan sentiasa dalam ingatan kami sekeluarga...Coretan yang ringkas untuk dijadikan kenangan yang mungkin tak dapat diulangi kembali...

Wednesday 22 April 2015

@Muzium & Ambury Regional Park

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.

Alhamdulillah... Alhamduillah. Segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang. Itulah ungkapan yang inshaAllah tak lekang di bibir CEQ sekeluarga. Alhamdulillah, kami kini sudah memiliki kenderaan untuk memudahkan kami bergerak sepanjang bermusafir di sini. Melihat mr. Nissan ni (tetiba dah ada nama.. ;) ) , teringat pulak kpd miss Myvi ku.. yang jauh di mata, CEQ yakin dia lebih selesa dengan ayah angkatnya yang lebih cermat menjaganya ..hehe. Dan terlupa juga mr. Persona yang sudah menjadi milik uncle Sam. InshaAllah, kalau umur panjang, teringin juga nak menziarahi mr. Persona..

Jadinya, bila dah ada kereta ni, panjang pulak akalnya. Sos habis la, minggu ni nak makan daging la, nak makan ikan la.. Hehe..mengada2 betoi. Tapi MrS ikutkan je kehendak wife dia yang sangat bosan duduk di rumah ni. So, minggu pertama beli kereta, masih tak boleh jalan2 lagi, sebab CEQ sudah kehilangan suara dan tidak sihat, jadinya terpaksa la tangguhkan dulu, aktiviti pada minggu tu.

Tadaa....memperkenalkan Mr. Nissan, menjadi 'ahli keluarga' kami pada 8 April 2015.. Alhamdulillah

Minggu ke dua, alhamdulillah mengikut perancangan kami nak ke muzium tercapai. Pada hari Sabtu, tu dengan cuaca yang tak berapa elok, sekejap2 hujan, kami keluar juga memandangkan kami nak ke muzium. Alhamdulillah, selamat sampai dan jenuh jugak meronda2 dalam muzium... mana gambarnya? aduhh..mintak maaf ya, gambar tak ada sebab MrS lupa nak bawak alat untuk bahan bukti.. Adoii, yg tu pula dilupanya.. huhu

Alhamdulillah, pagi Ahad nampak cerah dan langit membiru. Dengan berbekal sebekas homemade murtabak, CEQ sekeluarga melangkah pula ke Ambury Regional Park milik Auckland Council. Ramai juga pengunjungnya. Walaupun hanya tengok haiwan ternakan. tapi ia pengalaman yang sangat best. Mana taknya, 1st time tgk lembu berbulu tebal.. Hehe.. Anakku  Zaid pulak, siap terjerit.. 'Umi, t**k lembu pun ada.' Kesian kau nak, baru 1st time tgk, mujur la sama macam lembu Malaysia punya.. hehe.. Boleh pegang, sebab jinak dan BERSIH. Mereka di sini sangat menitikberatkan kebersihan, di mana saja tempat yang pernah CEQ pi, memang bersih, walaupun di tempat haiwan ternakkan. MrS pulak teruja tengok k******r, pun berbulu tebal, siap tompok2 hitam putih. Hehe.. xmau tgk lama2.

Sesiapa yang nak tau lebih lanjut boleh klik di sini, untuk tau lebih lanjut pasal Ambury Regional Park ni. Cantik sangat permandangan di sana, sesuai pulak dengan cuaca yang cerah. Ni ha, ada beberapa gambar yang nak dikongsikan. Selamat menjamu mata..  :)

Posing ikut suka hati...hehe

MrS si penggemar daging kambing, 1st time dapat bergambar dgn real kambing.. hehe

Posing suka hati lagi, konon nak tunjuk pada kak Auni... kuikui

Di mana ada frame, di situ ada kami

Ada bran ke pegang kuda

Ok, setakat ini dulu perkongsian kembara yang baru bermula di rantau orang. InshaAllah jumpa lagi. الى اللقاء.







No comments:

Post a Comment