Blog ini dicipta khas buat keluarga dan teman2 yang disayangi, dan sentiasa dalam ingatan kami sekeluarga...Coretan yang ringkas untuk dijadikan kenangan yang mungkin tak dapat diulangi kembali...

Sunday 1 February 2015

Menggamit Kenangan

                 بسم الله الرحمن الرحيم

Tiba2 rasa macam nak mencoret @ beletiaq (loghat cek na) sesuatu...kihkih...jgn marah aa, membebel mengimbau kembali kenangan lalu

New Zealand,  nama yang tak pernah muncul dalam kamus hidup CEQ. Hanya tahu satu negara mat saleh yg nuuun jauh di sana...negara yang kaya dengan kecantikkan semula jadi, negara pengeluar susu lembu terbesaq..yaka?...CEQ tak tau, tu yang terlintas di dalam fikiran CEQ naa....

La ni, bagaikan mimpi ngeri...indah..tiba2 celik mata, betoi ka ni, betoi ka ni....
Ya..betoi CEQ tidak bermimpi lagi....mimpi dok di Malaysia ada....

Mmg tak pernah mengimpikan naik flight, tinggalkan kampung halaman, tinggal 
keluarga yang tersayang, tinggalkan kerjaya untuk sementara..

Mmg tak pernah mengimpikan untuk 'speaking london' dengan minah dan mat saleh...

Mmg tak pernah mengimpikan CEQ sekeluarga akan berhijrah, bermusafir, mencari pengalaman, menimba ilmu dan sama2 hadapi susah senang..

Tetapi kita hanya merancang Allah yang menentukannya. Sebaik mana pun perancangan seseorang hamba, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya..Walau takut, bimbang macam mana sekali pun CEQ perlu hadapi jugak, yg paling menakutkan dan membimbingkan adalah untuk ber'speaking london'....hihi..mengerikan rasanya, maklum la budak pondok nak speaking niii....

Dan abah, seolah2 tahu apa yang bergolak dalam hati anaknya ni, setiap kali berskype soalan wajibnya "dah pandai ke cakap omputih' ;) ...tak terjawab CEQ...tula kan dah kena, dulu suruh ngaji rajin2 tak mau..kataku di dalam hati...hikhik

Ingat lagi, bagaimana gigihnya abah untuk men'cerdik'kan anak2 dara dia dalam BI ni, sanggup menghabiskan duit untuk mendaftarkan kami di dalam Kursus Komunikasi dlm BI... Hikhik...
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat....kakakku
Bagaimana lajunya kau mengayuh basikal dengan membawa muatan yang agak berat iaitu HIIS la, mengejar masa supaya bas tidak tinggalkan kita??? Tiba2 kayuhan kau menjadi ringan, rupa2nya adikmu sudah jatoh tergolek2 di belakang....akan ku simpan kenangan tu sampai bila2...Insha Allah... Sehinggalah tamat kursus, masih xpandai2 lagi

Masuk universiti pun sama, diwajibkan student yang xpandai macam CEQ untuk ambil short semester bg menguasai BI...pun tak boleh2 jugak...

Dan sekarang, tak perlu lagi kursus, tak perlu lagi short semester, betoi2 punya persekitaran untuk kau hadapi CEQ...Nak tak nak kena hadapi jugak, untuk membolehkan CEQ selesa di perantauan..Doakan untuk CEQ ok...💪💪💪

Rasa macam lari tajuk pulak...ok la, kita jumpa lagi untuk leteran akan datang...Selamat Malam...jgn lupa baca doa tidur...

Belanja skit gambar..

Rindunya pada wajah2 ni...