Blog ini dicipta khas buat keluarga dan teman2 yang disayangi, dan sentiasa dalam ingatan kami sekeluarga...Coretan yang ringkas untuk dijadikan kenangan yang mungkin tak dapat diulangi kembali...

Thursday 26 March 2015

3 BuLaN BerLalu

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, hampir 3 bulan sudah CEQ dan family menetap di sini...anakku Zaid pun, dah boleh sesuaikan diri, dan dah boleh sepatah dua kata perkataan English..
Dan CEQ, masih seperti dulu.. MrS pulak, nampak gaya berusaha gigih dalam kerjanya.. walaupun kadang2 nampak baring lebih byk, dari writing...hikhik, jgn marah MrS..

'Apa yang hang buat CEQ, dah 3 bulan kat sana?' mungkin itu soalan anda semua pada CEQ... 
Mcm2 CEQ buat nak habaq... dari celik2 mata sampai la ke pejam mata, pekerjaan tetap CEQ ialah menjadi chef..huhu...siapa nak bagi pinjam bahu ni....oleh kerana kewangan kami sekeluarga cukup2 ja, jadi masak lah jawapan mudahnya, Alhamdulillah, MrS dan anakku Zaid bukan dari kalangan yang memilih makan, senang CEQ...Antara resepi yang dah CEQ buat, atau senang kata dok ulang masak yg tu ja, ialah :

Telor Masak Kurma
Aik....kenapa ayam pulak ni...hikhik, confius CEQ..telor dan menetas ke...HENtAm saja la...

Kari Kepala Ikan Salmon

Ayam Cendawan Lada Hitam



Kueh Mueh pulak
Keropok Lekor

Donut, yg ke dua ni baru dapat iktiraf

Kentang Putar

Ha ni dia, muka lapaq...bihun selalu la, febret...

Karipap Ikan tak jadi, so tak ada juga gambarnya ya...hihi

dan yang terbaru, Kentang Goreng ala Kebab....
hikhik..ni disebabkan makan kentang di kedai kebab Dressmart time lapar, teringat2 sampai hari ni...ni pun MrS suruh buat, pun diiktiraf sama macam kedai kebab tu..

Selain menjadi Chef, CEQ juga mengajar mengaji saudara baru di sini...Alhamdulillah, Kristy ni seorang yang positif dan mempunyai motivasi yang tinggi..senang dan cepat mengajarnya.. 
Kadang2 CEQ tolong pick up anak jiran dari sekolah, sambil2 membakar lemak, boleh jugak ronda2 tgk kawasan kejiranan.. Dan projek terbaru CEQ KAFA di bumi auckland. Alhamdulillah, anak2 di sini pun bersemangat untuk belajar fardhu Ain, dan masuk minggu ke dua dah. 

Alhamdulillah, bersyukur sgt2 CEQ dapat peluang untuk melihat bertapa hebatnya ciptaan Allah. Kalau di Malaysia dulu, kagum dgn keindahan bunga sakura sepanjang jalan Paya Keladi.


Bila sampai di sini, mmg tak terungkap dengan kata2, sangat indah, tenang..
Laluan setiap hari shopping, hantar dan ambik anakku Zaid dari kindy

eh! eh!..lupa pulak nak bagi tau, bg pembaca2 dah ada halwa telinga untuk anda semua..syok tak lagu tu, lagu org maori, penduduk asal bumi Kiwi ni. Ini lagu cinta, tapi entah la sebab kami suka mendengarnya...CEQ dan MrS mmg suka lagu ni, sebelum sampai sini, lagu ni la selalu di ulang2 dengar..

Ok, semua nnt CEQ sambung lagi ya...kisah anakku Zaid, banyak sgt...hikhik..ok, jumpa lagi.