Blog ini dicipta khas buat keluarga dan teman2 yang disayangi, dan sentiasa dalam ingatan kami sekeluarga...Coretan yang ringkas untuk dijadikan kenangan yang mungkin tak dapat diulangi kembali...

Wednesday 22 April 2015

Jemputan Storypark

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Bertemu lagi, entry kali ni berkenaan Storypark.. 2 kali CEQ dapat invitation mintak join storypark ni. Dek kerana penakutnya nak speaking english, CEQ tangguhkan dulu dan bt "deek" aja..tiba2 hari ni tergerak di hati untuk membaca lebih lanjut apa kebendanya la Storypark ni. Adakah CEQ kena bercerita? Adakah dipanggil untuk bersembang2? Adakah kena hadir mesyuarat?

Baca punya baca, Alhamdulillah, faham akhirnya anak p.cik 'ak ni. Simple work saja..just create account, mcm FB tu. Sangat menarik dan praktikal. Parent boleh tau apa yg anak buat di sekolah, dan parent jugak boleh kongsikan dengan guru apa yg anak buat di rumah. Sangat menarik.

1st time baca apa yg teacher anakku Zaid tulis mengenai dia di sekolah, macam2 perasaan ada dlm hati. Tak sangka anakku Zaid sudah mampu untuk menyesuaikan diri. Selama ni CEQ ingat, anakku Zaid tak pernah 'smile' di kindergartennya. Tapi Alhamdulillah.. Menyesal pula tak join storypark ni dari mula invitaion lagi.

Bercakap tentang Storypark ni, bukan sahaja ibu dan ayah sahaja boleh tau perkembangan dan aktiviti anak2, malahan tok, tokwan, makcik, pakcik pun boleh.. Lepas ni boleh la invite mak tok, wan, tok, mak2 dan pak2 menakan anakku Zaid sama .. :) seperti mana awak semua guna FB, mcm tu jugak awak applykan dalam storypark. Tapi ianya lebih khusus untuk anak, guru dan ibu ayah. Boleh share gambar, update status, sembang2 dengan guru.

Alhamdulillah satu pengalaman baru dalam sistem pendidikan negara lain.

Account anakku Zaid dan ada cerita2 pasal dia yang cikgu update, parent juga boleh komen2.

Yang ni sebiji macam dalam FB tu, kalau rasa nak update apa yang anakku Zaid buat di rumah @ ada aktiviti di luar, boleh la letak di sini.

Menarikkan, inshaAllah negaraku tercinta pun boleh buat macam ni.. 
Ok, jumpa lagi untuk entry akan datang.. الى اللقاء.