Blog ini dicipta khas buat keluarga dan teman2 yang disayangi, dan sentiasa dalam ingatan kami sekeluarga...Coretan yang ringkas untuk dijadikan kenangan yang mungkin tak dapat diulangi kembali...

Wednesday 22 April 2015

Jemputan Storypark

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Bertemu lagi, entry kali ni berkenaan Storypark.. 2 kali CEQ dapat invitation mintak join storypark ni. Dek kerana penakutnya nak speaking english, CEQ tangguhkan dulu dan bt "deek" aja..tiba2 hari ni tergerak di hati untuk membaca lebih lanjut apa kebendanya la Storypark ni. Adakah CEQ kena bercerita? Adakah dipanggil untuk bersembang2? Adakah kena hadir mesyuarat?

Baca punya baca, Alhamdulillah, faham akhirnya anak p.cik 'ak ni. Simple work saja..just create account, mcm FB tu. Sangat menarik dan praktikal. Parent boleh tau apa yg anak buat di sekolah, dan parent jugak boleh kongsikan dengan guru apa yg anak buat di rumah. Sangat menarik.

1st time baca apa yg teacher anakku Zaid tulis mengenai dia di sekolah, macam2 perasaan ada dlm hati. Tak sangka anakku Zaid sudah mampu untuk menyesuaikan diri. Selama ni CEQ ingat, anakku Zaid tak pernah 'smile' di kindergartennya. Tapi Alhamdulillah.. Menyesal pula tak join storypark ni dari mula invitaion lagi.

Bercakap tentang Storypark ni, bukan sahaja ibu dan ayah sahaja boleh tau perkembangan dan aktiviti anak2, malahan tok, tokwan, makcik, pakcik pun boleh.. Lepas ni boleh la invite mak tok, wan, tok, mak2 dan pak2 menakan anakku Zaid sama .. :) seperti mana awak semua guna FB, mcm tu jugak awak applykan dalam storypark. Tapi ianya lebih khusus untuk anak, guru dan ibu ayah. Boleh share gambar, update status, sembang2 dengan guru.

Alhamdulillah satu pengalaman baru dalam sistem pendidikan negara lain.

Account anakku Zaid dan ada cerita2 pasal dia yang cikgu update, parent juga boleh komen2.

Yang ni sebiji macam dalam FB tu, kalau rasa nak update apa yang anakku Zaid buat di rumah @ ada aktiviti di luar, boleh la letak di sini.

Menarikkan, inshaAllah negaraku tercinta pun boleh buat macam ni.. 
Ok, jumpa lagi untuk entry akan datang.. الى اللقاء.



@Muzium & Ambury Regional Park

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.

Alhamdulillah... Alhamduillah. Segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang. Itulah ungkapan yang inshaAllah tak lekang di bibir CEQ sekeluarga. Alhamdulillah, kami kini sudah memiliki kenderaan untuk memudahkan kami bergerak sepanjang bermusafir di sini. Melihat mr. Nissan ni (tetiba dah ada nama.. ;) ) , teringat pulak kpd miss Myvi ku.. yang jauh di mata, CEQ yakin dia lebih selesa dengan ayah angkatnya yang lebih cermat menjaganya ..hehe. Dan terlupa juga mr. Persona yang sudah menjadi milik uncle Sam. InshaAllah, kalau umur panjang, teringin juga nak menziarahi mr. Persona..

Jadinya, bila dah ada kereta ni, panjang pulak akalnya. Sos habis la, minggu ni nak makan daging la, nak makan ikan la.. Hehe..mengada2 betoi. Tapi MrS ikutkan je kehendak wife dia yang sangat bosan duduk di rumah ni. So, minggu pertama beli kereta, masih tak boleh jalan2 lagi, sebab CEQ sudah kehilangan suara dan tidak sihat, jadinya terpaksa la tangguhkan dulu, aktiviti pada minggu tu.

Tadaa....memperkenalkan Mr. Nissan, menjadi 'ahli keluarga' kami pada 8 April 2015.. Alhamdulillah

Minggu ke dua, alhamdulillah mengikut perancangan kami nak ke muzium tercapai. Pada hari Sabtu, tu dengan cuaca yang tak berapa elok, sekejap2 hujan, kami keluar juga memandangkan kami nak ke muzium. Alhamdulillah, selamat sampai dan jenuh jugak meronda2 dalam muzium... mana gambarnya? aduhh..mintak maaf ya, gambar tak ada sebab MrS lupa nak bawak alat untuk bahan bukti.. Adoii, yg tu pula dilupanya.. huhu

Alhamdulillah, pagi Ahad nampak cerah dan langit membiru. Dengan berbekal sebekas homemade murtabak, CEQ sekeluarga melangkah pula ke Ambury Regional Park milik Auckland Council. Ramai juga pengunjungnya. Walaupun hanya tengok haiwan ternakan. tapi ia pengalaman yang sangat best. Mana taknya, 1st time tgk lembu berbulu tebal.. Hehe.. Anakku  Zaid pulak, siap terjerit.. 'Umi, t**k lembu pun ada.' Kesian kau nak, baru 1st time tgk, mujur la sama macam lembu Malaysia punya.. hehe.. Boleh pegang, sebab jinak dan BERSIH. Mereka di sini sangat menitikberatkan kebersihan, di mana saja tempat yang pernah CEQ pi, memang bersih, walaupun di tempat haiwan ternakkan. MrS pulak teruja tengok k******r, pun berbulu tebal, siap tompok2 hitam putih. Hehe.. xmau tgk lama2.

Sesiapa yang nak tau lebih lanjut boleh klik di sini, untuk tau lebih lanjut pasal Ambury Regional Park ni. Cantik sangat permandangan di sana, sesuai pulak dengan cuaca yang cerah. Ni ha, ada beberapa gambar yang nak dikongsikan. Selamat menjamu mata..  :)

Posing ikut suka hati...hehe

MrS si penggemar daging kambing, 1st time dapat bergambar dgn real kambing.. hehe

Posing suka hati lagi, konon nak tunjuk pada kak Auni... kuikui

Di mana ada frame, di situ ada kami

Ada bran ke pegang kuda

Ok, setakat ini dulu perkongsian kembara yang baru bermula di rantau orang. InshaAllah jumpa lagi. الى اللقاء.







Saturday 4 April 2015

"Daylight Saving ends"

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua..Selamat Malam.. :)

Hari ni CEQ nak bercerita pasal tajuk entri tu ha... 2 3 hari ni kakak - kakak yang dah lama menetap di Auckland @ dah lama smbg belajaq di sini bersembang2 pasal Daylight Saving ni... CEQ yg masih baru di sini, dok blur... blur lagi....apa kebenda pulak la....

Ooo..rupa2nya, ia menunjukkan waktu malam lebih lama dari siang...dan bagi sapa yang pakai jam tgn, jam loceng, jam dinding dan sama waktu dengannya perlu men"set" semula jam depa supaya lambat sejam.... kuang..kuang..paham ka? that's mean matahari akan terbenam awal sejam, selalu pukul 7pm, tapi bila dah Daylight Saving ni habis the sun will set on 6pm...sbb tu bg sapa2 yang ada jam yang macam CEQ bgtau tu kena set awal sejam, dari biasa...bila nak mula tu, khabarnya pada pukul 3am 5 April 2014. Pengalaman baru ni utk CEQ sekeluarga..

Sapa2 nak tau lebih lanjut pasal ni blh la klik di SINI, abang CEQ bgatu kalau di Mesir di panggil توقيت... untuk negara Eropah, dan yang mempunyai 4 musim akan melalui proses ni..

Sekian utk topik kali ni, jumpa lagi... Senyum ok.